Josh Brolin
Josh Brolin

Josh Brolin

Joshua James Brolin[1] (/ˈbrlin/; lahir 12 Februari 1968)[2] ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Filem pertama yang dibintanginya ialah The Goonies pada 1985. Sejak itu, beliau telah muncul dalam pelbagai filem dan paling terkenal dengan wataknya sebagai Llewelyn Moss di dalam filem No Country for Old Men, Ejen K muda dalam Men in Black 3, George W. Bush dalam W. dan Dan White dalam Milk, yang mana beliau menerima pencalonan Anugerah Akademi dan Anugerah SAG untuk Pelakon Pembantu Terbaik. Peranan lain termasuk Hollow Man, In the Valley of Elah, American Gangster, True Grit, dan Sin City: A Dame to Kill For. Pada 2015, beliau muncul dalam filem Everest dan Sicario. Beliau juga membuat dua penampilan melalui tangkapan gerakan dan lakonan suara sebagai penjahat Thanos dalam Marvel Cinematic Universe, watak yang dijangka akan muncul semula dalam filem-filem yang akan datang Avengers: Infinity War dan filem Avengers tidak bertajuk. Pada April 2017, Brolin melakonkan suara Nathan Summers / Cable sebagai sebahagian daripada kontrak empat filem dalam siri filem X-Men, dengan penampilan pertamanya untuk berlakon dalam Deadpool 2.[3]

Josh Brolin

Pekerjaan Pelakon
Ibu bapa James Brolin (bapa)
Jane Cameron Agee (ibu)
Barbra Streisand (ibu tiri)
Pasangan Alice Adair (k. 1988; c. 1994)
Diane Lane (k. 2004; c. 2013)
Kathryn Boyd (k. 2016)
Anak 2
Tahun aktif 1985–kini
Keluarga Roslyn Kind (ibu saudara tiri)
Jason Gould (abang tiri)
Kelahiran Joshua James Brolin
(1968-02-12) 12 Februari 1968 (umur 51)
Santa Monica, California, A.S.

Rujukan

WikiPedia: Josh Brolin http://www.accessatlanta.com/celebrities-tv/etonli... http://www.allmovie.com/artist/p8657 http://www.austin360.com/movies/content/movies/sto... http://news.biharprabha.com/2015/05/josh-brolin-ta... http://www.bloody-disgusting.com/news/19860 http://www.boston.com/ae/movies/articles/2007/11/0... http://www.deadline.com/2009/02/white-knot-oscars-... http://insidemovies.ew.com/2012/04/18/men-in-black... http://insidemovies.ew.com/2012/07/25/warner-bros-... http://ap.google.com/article/ALeqM5jaO9-M1rYgh5Srf...